0 Items in your cart – View Cart

Welcome Guest. Register to sign in

Sign In New User Forgot Password

About Us

Butik Stop Affair’e (BSA) telah ditubuhkan pada tahun 2002. Pemiliknya merupakan sepasang suami isteri iaitu Tn. Haji Mohamad Baharin dan Pn. Hajjah Noor Lizah. Pada mulanya BSA dibuka di Lot 1-18A,Tingkat 1, Pasaraya The Store, Kompleks Sungai Buloh dengan menjual produk pakaian kanak-kanak berjenama KIDS STOP. Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan dan cawangan kedua pula dibuka di Lot 1-21, Tingkat 1,Pasaraya The Store,Kompleks Sungai Buloh selepas 8 bulan menjalankan perniagaan. Walaupun butik ini dibuka di tingkat yang sama pasaraya berkenaan terdapat perbezaan antara jenis produk yang dipasarkan. Bagi BSA cawangan pertama, kami khususkan untuk menjual pakaian kanak-kanak dari usia 6 bulan hingga 3 tahun dan juga pakaian dewasa yang terdiri daripada kemeja, pelbagai jenis seluar dan kain – konsep “mix ‘n’ match”. Pakaian renang bagi kanak-kanak dan dewasa juga turut di jual di cawangan tersebut.Sementara bagi BSA cawangan kedua pula, kami menjual pelbagai jenis pakaian untuk kanak-kanak dari umur 4 tahun hingga 12 tahun. Kami juga turut menjual kemeja lelaki, busana muslimah seperti baju kurung dan juga jubah serta pelbagai jenis tudung.Pada bulan Julai 2008 yang lalu, cawangan ketiga BSA telah dibuka di Subang Perdana.Produk yang dijual adalah sama seperti di BSA cawangan Sungai Buloh. Menyedari hakikat bahawa kemajuan teknologi kini semakin canggih,anak-anak kepada pemilik BSA ini iaitu Nur Ruzaini Riza,Nur Syakila Riza dan Nur Sakeena Riza mencuba cara terbaru untuk memasarkan produk mereka. Maka,wujudlah “butikstopaffaire.com” dimana anda boleh mendapatkan produk kami melalui butik online ini tanpa mengeluarkan duit minyak, . Impian kami ingin menjadikan setiap pelanggan kami tampil RINGKAS, BERGAYA & MENUTUP AURAT.